Hari Khamis , bertarikh 20 10 2011 , bertempat di SMKTTJ , jam 8.30 - 1.00 .
seramai 30 orang peserta form 3 dan 9 orang krew lensa terlibat dalam kursus Sehari Sebagai Juru Foto . 9 orang krew lensa tu bukan jadi peserta , tapi jadi fasilitator termasuk EP . 9 krew lensa tu ialah
Adilah ,
Amiera ,
Syazni ,
Puteri ,
Hanaa ,
EP ,
Farhanis ,
Faten ,
Hidana . masing-masing cuak je nak mengajar budak-budak form 3 . ape tak nye , kang tersilap ajar dapat malu .. then , peserta-peserta nie di agihkan 2-4 orang dalam 9 kumpulan .
Fuhh ~ nasib baiklah EP dapat 4 orang anak buah . nasib baik bukan lebih . dan dieorang semua sporting habis ^_^ . mereka terdiri daripada
Fatin Natassha ,
Fadhlin Sakina ,
Faziela ,
Wan Razif . haha , mule-mule dapat 3 orang je anak buah , then cikgu lensa kiteorang ,
Cikgu Sabariah masukkan Razif dalam kumpulan EP . adoii . memang EP tak nak lah Razif masuk kumpulan EP . tapi nak buat macam mane . kumpulan EP dah pakai kamera compact and Razif pon pakai kamera compact , so cikgu masukkan lah die dalam kumpulan EP -_-
Okay , tutup cerita pasal Razif -_-
mase mule-mule nak ajar , EP diam . dalam 10 minit lepas tu , EP terangkan pasal ISO , Exposure , White Balance , Cara-cara Nak Buat Gambar Bokeh dan Potrait . lepas EP ajar dieorang pasal semua bende yang EP senaraikan tu , EP suruh dieorang semue jalan-jalan dalam bilik geografi tu untuk test dieorang punye kepakaran . nak tengok dieorang paham ke tak ape yang EP ajar . then , budak compact dari kumpulan lain datang kat EP die tanya itu ini . ohh , lupe . cikgu Sabariah yang pergi cakap EP ni
PRO dalam kamera compact . actually , tak Pro sangat pon . sikit-sikit boleh lahh :) . dan , EP pon terang kan lah itu ini .. lepas dah bagi dieorang kebebasan jalan-jalan dalam bilik geografi tu , kumpulan lain pulak yang ikot macam kumpulan EP suruh dieorang jalan-jalan semue . ehh , sibuk je nak tiru . HAHA !
dalam pukul 10 pagi , cikgu bagi satu tema ni untuk dipertandingkan . tema die "Kehijauan Flora Di SMKTTJ" . lepas cikgu bagi tema , kiteorang semue turun rehat . krew lensa dapat Nasi Lemak + Donat + RM4 sorang ^_^ . ramai jeles . bersabar je lah :) . dalam 10 - 15 minit EP dok lepak dekat kantin , EP bawak anak-anak buah EP pegi shoot gambar ikot tema . EP lepaskan dieorang pergi mane je . tapi dalam berkumpulan dan EP pon ikot dieorang dari belakang . hampir satu sekolah tu jugak kumpulan EP tu merayap . yang penting dieorang tak pergi merayap tanpa kebenaran EP . kenape kene minta kebenaran EP ? sebab EP Fasi (Fasilitator) dieorang lah . kalau dieorang hilang satu hal pulak nak cari dieorang -_- lepas tu , EP nampak salah sorang anak buah EP nie asyik minum air orang je ==" . then , EP kesian kan die EP pon pergi lah belikan air . die dah tak de duit woo .. HAHA ! EP siap check lagi die punye beg duit die mase die nak tukar baju . bile EP bukak . PERHH ! kosong =_= .
sebelum pukul 12 , kumpulan EP naik kat bilik geografi balik sebab hampir due jam photoshoot dekat luar kan . HOHO ! dah masuk bilik geografi , cikgu suruh dieorang pilih 2 gambar yang nampak cantik + jelas . cikgu suruh dieorang pilih , tapi anak buah EP suruh EP yang pilih . rambang mata nak pilih mane ^_^ . semue lawa-lawa . kalah EP tau .. HAHA . korang nak tengok ke gambar hasil anak-anak buah EP nie ? ohh , tak pe lahh . kalau rase nak mengundi tu , add lah cikgu
Sabariah . then pergi album
"Sehari Sebagai Juru Foto" . HOHO . ikot suke hati korang lah nak like mane satu . korang rase gambar tu lawa , like je . jangan segan xD
nak tau hadiah untuk pemenang tak ?
Tempat Ketiga : RM 15
Tempat Kedua : RM 20
Tempat Pertama : RM 25
Hadiah untuk Fasi terbaik : Misterii ~ *cikgu yang cakap macam tu -_-
cikgu cakap , siape anak buah die yang menang . nanti Fasi dia dapat nama . wooo ~ tak sabar nak tunggu 31 oktober untuk diumumkan pemenang die . YEY ! *EP pulak yang excited =,="
p/s : ade sorang budak ni ajak EP webcam . ok . EP malu -_-