Dah lama dah tertangguh nak update blog ni . Buzy dengan tido + homework . Laptop pon dah berape lama tak berusik . Baru hari ni je terasa nak update . Hahaha =,=
First Day Sekolah :
Bangun dari tido , mandi , siap , masuk kereta . Badan panas lagi ni . Demam still tak elok -,-' . Sampai depan sekolah , salam mak , turun kereta . Menggigil terus masuk sekolah . Dan tetiba ternampak sorang akak form 4 ni . EP kenal dia dan dia tak kenal EP . mula -2 pandang . lepas tu boleh pulak tergelak -,-' . masuk sekolah macam biasa . tengok perhimpunan , KOSONG . Fine .. FOREVER ALONE . pukul 7.15 pagi dah start perhimpunan . cikgu ramai lah berucap . sakit kaki menunggu . dekat sejam duduk situ baru lah pergi naik kelas .
Otw Pergi Cari Kelas :
" Mano kelas nye ni ? Nak patah dah kaki ni " .Tak ingat ayat siapa tu . Kelas EP jauh gila ya amat . Tingkat 4 / atas sekali . Lepas tu hujung sekali sebelah tandas rosak . Cikgu pun lantik lah ketua kelas bagai blablabla . Lepas tu EP pusingkan kerusi hadap Puteri dengan Hanaa . Borak punya borak , sakit kepala datang tiba -2 . Dah lah time tu sejuk gila . menggigil kejap duduk dalam kelas . Nadia pulak datang join kiteorang . Dan tak pasal -2 EP suruh die urut kepala EP . Haha . Sori Nad xD
Dalam Bilik Muzik :
" Siapa yang bising dia ahli neraka sebab ahli neraka kena seksa disebabkan dosa -2 yang dieorang buat kan ? Kebisingan korang ni pon dah menunjukkan korang patut berasa di mana nanti " .. Ayat cikgu . Satu kelas diam dan cikgu pon sambung berborak .. " Cikgu tu bising boleh pulak -,-' " .. Ayat budak belakang EP . Time tu EP letakkan kepala atas meja sebab sakit kepala tak habis2 lagi . macam nak pecah je rasa . Kawan EP nama dia Hasnina duduk sebelah EP .. Dia tanya macam ni ..
Has : Pean nape ? Demam ke ?
EP : Tak de pape
Has : *sambil rasa dahi EP* Mila mila mila , dahi pean panas ..
Mila (kawan sebelah EP) : orang dah tau lame dah dahi dia panas . haha ..
*Nadia datang dan pergi dekat Mila*
Nad : Lah , Has baru tau ke ? Tengok muka dia .. *lepas tu dia tiru gaya Has balik*
time tu muka Nadia kelakar gila . macam Mr. Bean . 1.30 dah balik . Yeay ! boleh tido =,='
Second Day sekolah :
Masuk sekolah dengan hati yang riang . Okay , tengok perhimpunan . Asal gelap sangat ? oh , baru pukul 6.55 pagi =,=' Nampak akak form 3 . Dok lah lepak dengan dieorang sementara tunggu geng EP sampai sekolah , Rumah dekat tapi datang lambat nak mampus T.T
Skip skip skip
Dah start belajar . Mula -2 Bm , lepas tu sejarah dan lepas tu tak ingat jadual waktu dah -,-' .Cikgu -2 yang mengajar semua nya best . Sorang pon tak nampak yang garang . Semua sporting habis .. Dan macam biasa . Ada masa sikit je mesti cerita yang bukan -2 -,-' . Yang paling penting , tiap kali berkumpul tu jugak lah asyik tergelak keje nya ..
Lepas rehat tu , ada someone ajak EP pergi tandas ..
Dia : Jom pergi tandas ?
EP : Tandas dekat mana ?
Dia : tandas dekat dengan padang tu ..
EP : Ohh , belakang kantin tu ehh ?
Dia : Nak ikot tak ?
EP : Aku rela terjun bangunan daripada berpusing satu sekolah semata -2 nak pergi tandas .
Al maklum lah . Pelajar sekolah kiteorang ni gengster lain macam . Ade tandas pon jahanam pintu dibuatnye . Sebab tu kene guna tandas dekat dengan padang tu .. Tapi tak pe . Tandas dia macam dekat R & R . Bersih gila !
Third Day sekolah :
Mula -2 sampai sekolah , nampak senior form3 lagi . duduk dengan dieorang . lepas tu dieorang pergi tandas , EP pon bla lah . dan EP pon berjalan mencari mangsa dan tiba -2 Nadia panggil . Haha , sumpah tak nampa dia . mengantuk lagi kot . mane lah nak nampak orang .. kiteorang dah letak beg bagai , EP ajak dia pusing -2 sekolah . dah sampai hujung perhimpunan , EP ajak patah balik sebab nampak senior lelaki . FOR YOUR INFORMATION , EP kecut nampak senior lelaki xD . lepas tu kiteorang patah balik pergi tempat asal kiteorang tadi . tiba -2 dia cerita pasal adik dia ...
Nad : Pean , adik kite kan die sebut sewel kan say well .
EP : Sewel ?
Nad : Sewel .. Mereng
EP : ohh .. adik nad sebut sewel macam SAY WELL eh ? *EP eja say well xD*
Nad : haah . pelik kan ?
EP : I'm say well xD
Nad : Haa ?
EP : What you say ?
Nad : I'm say well
*gelak same -2*
masa tu Puteri tengah termenung teringat kan Alientos yang pergi ke mane tah xD . EP suruh Nad tanya Puteri " What you say " . Lepas tu tibe -2 Puteri pandang .. terus tergelak tengok muke die xD . Pagi -2 je dah tergelak -2 macam orang
SAY WELL -,-'
Dalam kelas pulak , cikgu BI still tak datang sebab ada orentasi kot .. EP , Puteri , Hanaa berkumpul sekali . Dah lah time tu EP selekeh gile nak mampus sebab tudung longgar . Dan Ainun tibe -2 datang dan die pergi make over tudung EP macam minah Indo . Time tu terasa diri macam dah kena cabul -,-' *bak kata Nadia* . Time berkumpul tu jugak lah si Puteri ni nak pergi tandas . Ahh , konfem EP malas nak turun sebab jauh membatu . Baik pergi time rehat je lagi bagus . Lepas tu dah rase diri kosong . Sekali lagi terasa macam
FOREVER ALONE . Puteri dengan Nadia dah balik dari tandas , Puteri cakap " Nak cakap ni . Legaa " . EP terus buat muka frust . Hahaha . Pelik betul minah tu -,-' Lepas tu sambung jadi macam orang gila balik .. Gelak macam orang gila ...
Time Geografi :
Time Geografi tadi cikgu Hadzri ajar pasal Latitud dan Longitud . Cikgu cakap , katakan pilot tu nak pergi bom Afghanistan . Lepas tu tersalah baca kedudukan dan tersasar ke Indonesia .. Tak pasal -2 negara orang jahanam .. *Cikgu Hadzri ikut gaya orang Indo* " Apa - Apain ni sih ? Gimana ada peperangan di sini ? Gawat nih sihh . Waduh , gawat gawat . " Habis satu kelas tu gelak ..
Senang cerita hari ni asyik tergelak je keje nya -,-'
.......................................................
Apa -2 pon , sekolah pagi tersangat best . Sekolah petang tu panas . Boleh hitam dibuatnya .
p/s : Sakit rahang mulut asyik gelak je -,-'