Dah lama sebenarnya aku menyepi di dalam dunia blogging ni. Aku bukannya apa. Aku sedang mencari ketenangan hidup. Dah lama aku menderita akibat mencintai seseorang lelaki yang tak tahu menghargai orang yang sangat sangat menyayangi dia dan telah pun pergi dekat seseorang yang dia suka. Aku harap kau bahagia walaupun kita tidak mempunyai apa-apa hubungan walaupun kawan. Kenapa susah sangat bagi aku hendak melupakan kisah kami yang telah menyerikan hidup aku suatu masa dahulu? Aku tak tahu mana silapnya, tapi yang pasti, dia sedang berbahagia dengan orang yang dia inginkan. Walaupun sedih dihati ni tak tertanggung, namun aku gagahkan jua untuk teruskan perjuangan hidup aku. Satu je yang aku pesan, walau apa pun yang terjadi, aku akan tetap bawa semangatnya untuk teruskan perjalanan hidup ini walaupun penuh liku. Tak mengapa, aku masih boleh hidup tanpa kau disisi. Walaupun hampir 2 bulan kita berpisah, itu tak bermakna kasih dan sayang aku telah tiada untuk kau. Tidak. Bukan semudah itu untuk aku melupakan kau. Kau telahpun menjadi sebahagian dalam hidup aku. Biarkanlah kau bebas buat sementara waktu dan biarkanlah aku membawa hati yang duka lara ini. Walaupun kau mempermainkan aku, percayalah. Kau akan terima pembalasannya suatu hari nanti. Jangan ditanya kenapa kau pula yang dipermainkan. Kau ingatlah kau telahpun mempermainkan hati seseorang yang sangat mencintai kau. Walaupun aku tak tunjuk, tapi aku tetap layan kau dengan cara yang elok. 3 bulan sebelum kita berpisah, aku sanggup menahan sakit yang tak tertanggung. Macam-macam cerita yang aku dengar dari mulut kawan-kawan aku. Dan kau tetap menafikannya. Kenapa kau tak pernah jujur? Aku tak salahkan kau. Tapi jika kau tidak menyembunyikannya daripada pengetahuanku, aku masih lagi akan bersama dengan kau. Mungkin kau tak jujur dengan aku kerana aku tak pernah jujur dengan kau suatu masa dahulu? Mungkin. Entah. Aku tak ingat. Ingatlah, walau apapun yang terjadi aku tetap menyayangi kau. Izinkan aku untuk hidup bersama bayang-bayangmu. Maafkan aku kerana telah banyak menggores hatimu. Aku hanyalah manusia biasa. Andai esok aku pergi dari dunia yang fana ini, aku ingin kau tahu betapa sayangnya diriku terhadap dirimu. Selamat tinggal.