Aku ada seorang kawan baru dekat sekolah. Baru tak baru lah. Dalam 3 bulan jugak kawan dengan dia. Mula-mula dia masuk memang pendiam gila. Aku kalau nampak orang baru mana nak tegur. Malu nak mampus -.- Dalam sehari dua tu aku dah mula kawan dengan dia. Tanya itu ini. Almaklumlah mulut aku ni mana reti nak diam dekat sekolah. Cakap sikit, gelak banyak. Sampai kawan kelas aku panggil aku ratu gelak. Haha, cibai. Nak dijadikan cerita, semalam tah cemana aku baca buku sajak dia. Dia ada buat sajak untuk kawan baik aku, nama dia Ummi Nasuha. Aku baca punya baca, tiba-tiba aku terfikir..
Aku: Jannah, aku nak jugak sajak untuk aku :(
Jannah: Boleh je, nanti aku buat. Bagi tarikh lahir kau semua.
Aku bagilah semacam gala benda. Tarikh lahir, waktu lahir dan segala-galanya lah. Dan pagi tadi hasil nukilannya sudah pun siap. * cewah ayat bajet haktuih! *
Tajuk : Sajak Untuk Farehan :p * cipta sendiri tajuk *
Tanggal 28 Oktober 1998,
tarikh keramat itu yang menjadi saksi,
bukti kelahiran seorang cahaya mata,
yang cukup sempurna,
tanpa cacat celanya...
Selang beberapa jam selepas azan Subuh berkumandang,
tangisan sang bayi yang comel ini,
membuatkan semua yang berada di situ,
menarik nafas lega
penuh kesyukuran yang dilafazkan tanpa hentinya...
Sang burung rancak berkicauan,
mengiringi kelahiran seorang puteri ini,
atap langit menjadi saksi,
lantai bumi memerhati,
bayu pagi menyambut mesra,
kehadiran seorang hamba Allah yang masih kecil,
yang masih setahun jagung,
di muka umi yang fana ini...
Farehan,
adalah sebuah nama yang indah,
yang telah terpahat kukuh dipohon luhmahfuz,
sejak azali,
namanya,
takdirnya,
sama ada bahagia atau deritanya,
dan segala dugaan yang akan ditempuhinya,
semuanya sudah tercatat di pohon luhmahfuz,
cuma,
hanya dia sahaja yang berhak,
menentukanjalan hidupnya,
sama ada baik atau jahat...
Jika daun namanya gugur,
gugur dari pepohon luhmahfuz itu,
maka tamatlah riwayatnya,
tamatlah nyawanya di muka bumi ini...
Semasa kecil,
dia hanya pandai merengek dan ketawa,
mula bertatih,
berjalan,
dan kemuadiannya berlari,
semua pendidikan yang dipelajarinya,
ilmunya ditimba,
secara berperingkat-peringkat...
Segala benda di,
sekelilingnya ingin diterokai,
dia mahukan jawapan,
untuk menutup segala persoalan,
yang bersarang di minda,
telatah comelnya,
sentiasa membuatkan bonda dan ayahandanya,
tersenyum gembira,
mencuit hati sesiapa sahaja,
yang melihatnya...
Betapa bersyukurnya,
sang ibu bapa,
melihat anak kesayangannya,
membesar sempurna,
tanpa cacat celanya...
Segala keperluan dijaga rapi,
pendidikan ditanggung semuanya,
semata-mata,
inginkan Pean,
berjaya cemerlang di dunia dan di akhirat...
Pean,
gadis lincah ini,
bijak bermain emosi,
setiap ketika,
gadis yang periang,
berperangai ' giler-giler ',
membuatkan kawan-kawannya,
mengekek geli hati,
ketawa riang...
Ummi, Sinah dan Wani,
pengikut paling setia,
menyakat dan mengusik orang,
menjadi hobi paling digemarinya,
kata-kata yang dituturkan,
dalam nada yang selamba,
satu hari tanpa membuat lawak,
bagaikan hidupnya tidak sempurna,
mengubat lara di hati,
sesiapa sahaja...
Pean,
andai kata aku menyakiti hatimu,
andai aku membuat dikau tidak selesa,
dipohon dan dirayu,
maafkanlah daku,
maaf di atas kehadiran baruku,
di dunia baharu ini...
Usah berpaling setelah dikau penat berusaha,
usah berhenti berenang lautan dugaan,
tatkala engkau hampir dengan penghujungnya,
jadikanlah setiap dugaan dan musibah itu,
sebagai satu cabaran yang perlu kau sahut,
untuk sebuah impian,
yang perlu direalisasikan...
Insya-Allah,
berkat usaha gigihmu, berjuang di medan perjuangan minda,
berlatarkan tempat di dewan peperiksaan,
dengan perisai ilmu,
dan senjata doa,
peganglah tonggak keyakinan,
hunuslah pedang usaha,
diiringi awan berkat yang memanyungi diri,
demi sebuah kejayaan,
demi sebuah impian,
dan jua cita-cita...
Semoga berjaya wahai teman,
lawanlah arus masalah yang melanda,
sedialah menghadapi gelombang masa hadapan,
pastikan jika engkau berjaya,
berada di puncak gading,
menjawat jawatan yang tinggi,
budi pekerti,
adat resam,
adab sopan,
perlu sentiasa ada,
bukan ditelan almari zaman,
dek alpa dan leka...
- TAMAT -
Coretan,
Siti Norjannah Pirdaus.
- SAHABATMU -
Aku baca sajak ni nak menangis sebenarnya. Ya, segala yang ditulisnya bagai dia mengetahui segala kisah hidup aku. Terima kasih banyak-banyak wahai teman. Maafkan segala tingkah laku ku, sekiranya perbuatan ku yang melayan dirimu sebegitu kasar, segala pertuturan ku, maafkanlah daku. Jika jodoh kita ada, aku berharap kita akan berjumpa lagi pada tahun hadapan. Terima kasih Siti Norjannah :')