Hari ini, tanggal 27 Oktober, esok ialah hari jadi aku. Okay gelabah. Dan pada esok hari , buat pertama kalinya setelah 2 tahun dia ada dengan aku bersama-sama menyambut birthday aku, aku raikannya seorang diri. Maaf kepada sesiapa atau kawan-kawan dia yang membaca entry ni. Aku bukannya nak merayu supaya dia datang balik dekat aku. Tidak sama sekali. Aku dah tak ada apa-apa perasaan dah dekat dia mahupun dekat orang lain. Terima kasih juga kepada dia sebab dia dah tutup hati aku untuk dia dan juga untuk orang lain. Biarlah aku belajar daripada kesilapan aku menyayangi dirinya. Aku boleh terima hakikat walaupun bayang-bayangnya sering menghantui di dalam mimpiku. Amboi ayat. Kawan aku cakap, jangan fikir pasal dia sikit pun. Memang aku buat semua tu, tapi dia tetap muncul dalam mimpi aku. Nak aku ceritakan, aku takut orang fikir lain. Biarlah aku simpan sendiri. Jujur aku kata, aku dah tak ada apa-apa perasaan dekat dia walaupun sikit. Aku cuma rindukan kenangan yang kami ciptakan bersama dan aku berharap dia juga tidak melupakan tentang hal itu.
Dan tadi, aku kumpul kan semua barang yang dia bagi aku cuma beberapa barang yang tak ada. Maaf. Aku tak ingat aku letak mana. Aku mintak maaf sangat-sangat. Aku bertekad nak lupuskannya daripada pandangan mata aku. Lagi semua barang-barang ni ada depan aku, lagi kerap dia muncul dalam mimpi aku. Benda yang aku selalu nampak, teddy bear tu. Aku dah tak bawak tidur dah benda tu. Nak dekat 2 bulan dah. Aku just letak dekat almari buku aku je. Tu pun masa masuk bilik aku mesti nampak kelibat dia. Aku tak menyesal pun dapat dia dan aku tak menyesal pun aku putus dengan dia. Walaupun dulu aku nampak je macam tak dapat terima kenyataan, tapi tak sampai sebulan aku dapat pun lupakan dia :)
Klik untuk tumbesaran
Adalah barang yang aku dah hilangkan/kena rampas/buang. Aku mintak maaf sekali lagi. Contohnya, nametag dia, phone, plastik coklat, teddy bear lain. Itu je lah. Kotak coklat tu, dia bagi masa dia pergi Langkawi. Aku main-main je cakap nak gift dari dia. Tup tup, dia kata dia dah belikan coklat untuk aku dengan someone ni. Aku kena share coklat lah dengan someone tu. Someone tu yang ambik dulu coklat tu dan bila aku tanya someone tu pasal coklat tu, dia macam terkejut. Ingatkan mamat tu bagi sorang satu coklat. Rupanya kena kongsi. Aku dapat 2 hari selepas someone tu dapat coklat tu. Dan aku pun tak sangka yang dia bagi coklat yang aku minat iaitu ' Cadbury Blackforest '. Aku macam happy semacam lah. Baru kenal, tak pernah bercakap, just tegur dalam Facebook je tiba-tiba dia bagi hadiah kan. Sampai sekarang aku simpan kotak coklat tu.
Yang plastik coklat tu, aku sebenarnya dapat 2 Cadbury Blackforest masa birthday aku tahun 2011. Satu aku baham dekat sekolah lepas dapat coklat tu dengan ex-bff aku. Aku tak nak lah mention dekat sini kan nama dieorang siapa. Takut ada orang report pulak kang. Aku rasa aku terbuang kot plastik coklat tu. Sumpah aku tak ingat mana aku campak kan. Tapi yang pasti aku dah buang.
Ehem, yang pasal gambar tu, masa sambutan Hari Raya dekat sekolah tahun lepas. Kawan dia yang ambik gambar kiteorang. Sumpah ah aku kata aku rindu gila time tu. Main suap-suap bagai, sembur minyak wangi dekat dia, dia spotcheck bag aku. Macam-macam lagi lah. Aku tak nak ingat sangat. Takut aku nangis. Tapi percayalah, dah 3 bulan aku tak nangis pasal dia sejak putus dengan dia. How strong am I xD
Tapi aku tak kisah lah apa nak jadi sekalipun, aku dah tak ada apa-apa perasaan pun dekat dia. Cuma rindu kenangan dulu je. Itu je lah.
You're my past and I really don't want you back.
Even you always haunting me in my dream, it doesn't mean that im still love you.
Im realise now that it's hard to forget our memories that we've build before.
Im very sure that I don't have any feeling on you anymore.
Even you always appeared in my dream, im just think that you just miss us or im just missing about the old one.
I really don't miss you but im really miss the sweetest time with you.
Thats all.
I never regret that I had in love with you before.
And now, I will be always a strong and be single.
I not waiting for you, but I don't want someone else playing with my feeling like you do.
Even we're not be a friend or what, I'll always remember you and appreciate all your kindness.
Thank you very much.
Im just wanna say....
GOODBYE ALL THE MEMORIES.Im going to miss it.
And...
I miss you ex-bestfriend :')
Sincerely,
Your old friend.
Aku lebih selesa panggil dia bekas kawan. Aku akan sentiasa anggap dia kawan aku :')
Gambar Jamuan Hari Raya 2012 :')
3 gambar masa Sambutan Hari Guru. 16/5/12. Dan yang bawah, our first date at Suria KLCC on 10/3/12.
Note: Aku sangat rindukan kau kawan lama :')