Aku paling tak suka bila tibanya waktu cuti sekolah yang panjaaaaaaaaaaaang sangat macam sekarang ni. Aku bosan tau? Dah lah aku sorang-sorang je dekat rumah, kalau pergi TTJ pun, aku jumpa sepupu aku. Aku dah bosan dah jumpa dia. Dia masih 6 tahun dan perangai dia bukannya sama dengan aku -.- Aku kadang-kadang tu rasa nak tidur sepanjang hari je. Kalau dekat rumah aku, takde maknanya aku boleh bangun tidur balik. Almaklumlah, aku ni adik-beradik tak ramai. Dua orang je. Akak aku pergi belajar, tinggallah aku seorang jadi macam anak tunggal. Ada kucing pun dia bukannya nak tolong. Dia tolong buat sepah, mengacau. Itu je lah kerjanya.
Macam tulah muka aku sekarang
Aku kadang-kadang tu aku online sampai kena marah dengan mak aku. Hehe. Aku tengok Running Man lah bagai. Then gelak-gelak, kena marah lagi dengan mak aku. Langsung aku tak gelak dah. Sekarang pun aku masih lagi berniat nak tengok Running Man dan pada masa yang sama, aku pergi buka buku rujukan Agama Islam SPM dan buat powerpoint. Hm. Senang, belajar tengok warna-warni ni senang hafal. Aku nak belajar chemist dengan physic nanti aku tak faham pulak. Lebih baik aku baca Agama Islam dengan Sejarah. Walaupun aku menyampah dengan sejarah tu -.-
Weh! Aku bosan tahu?!
Tapi yang paling aku suka waktu cuti ni, aku boleh simpan duit banyak-banyak, boros banyak-banyak, kumpul balik, putihkan kulit. Sampai nak keluar rumah pun tak mahu. Hm, itu pemalas namanya. Haha. Eh, aku dah cerah okay. Aku nak pulihkan kulit aku yang dah terbakar kena makan dengan cahaya matahari. Sebab tu aku jadi puteri lilin dekat rumah. Haktuih sikit!
p/s : Cuti dah tinggal sikit dan result pun hampir keluar. Oh yeah! -.-