Title tak boleh tahan. Ya, mungkin ada yang fikir aku ni kadang-kadang malas nak belajar, main-main sana sini, bercinta lah. Ups! Yang bercinta tu tahun lepas saja. Bukan pada tahun ni. Tahun ni aku lebih fokus okay. Kalau aku tak fokus, tak ada makna setiap kali exam subjek Agama Islam aku selalu A. Nampak tak rajin tu? Agama je lah yang A, kadang-kadang tu BM selalu jugak A.
Ni aku nak cerita. Masa aku form 1 dulu, aku macam rajin lah sikit. Sikit lah, tak banyak. Aku pernah jugak lah dapat banyak A. Aku selalu tak siapkan kerja sekolah. Ya, aku ni malas sikit. Bukan sikit tapi banyak sebenarnya. Kalau tak percaya, cuba tanya rakan seperjuangan aku. Aku selalu kena marah dengan cikgu. Tapi aku buat bodoh je. Aku ni suka belajar last minute. Even seminggu lagi nak periksa, aku tak buka buku pun sampai mak aku membebel. Bila dah kena bebel tu, tahu je lah muka macam mana kan? Masam macam tercekik biji rambutan. Muncung tak de lah. Aku tak suka buat mulut muncung. Sumpah aku kata macam itik. Aku masa form 1 aku tak pernah ada buku rujukan. Ya, pelajar terbaik kan, buat apa nak ada buku rujukan *tampar muka*. Nak bajet lah konon aku kelas kedua, dah pandai. Padahal still bodoh lagi. Aku suka belajar masa duduk dalam perhimpunan tau. Pengawas selalu tegur aku jangan baca buku lah, apalah. Kisah apa aku? Nampak tak kurang ajar tu? Walaupun tengah-tengah panas, aku tetap nak baca buku atau tiru kerja sekolah orang. Eh, bukan aku seorang eh buat kerja tu. Ramai lagi kawan sekepala aku yang tiru perlakuan aku. Akulah PRS! (Pengaruh Rakan Sebaya) Hahaha. Aku still ingat lagi, aku banyak crush. Bersepah. Kadang-kadang tu ada jugak teringat dekat ex-crush masa darjah 6 dulu. Lepas tu menangis dalam kelas. Macam sakai je perangai. Jujur lah aku kata, aku sayang sangat dekat ex-crush aku tu dulu. Walaupun dia jauh, perasaan sayang tu kadang-kadang muncul jugak lah. Aku tak pernah dah jumpa dia lepas tamat sekolah rendah dulu. Apa khabar dia pun aku tak tahu. Ada jugak lah kawan-kawan aku sampaikan dekat aku, dia tanya pasal aku, aku apa khabar and so on. Aku tak tahulah betul ke tak. Aku berharap sangat suatu hari nanti aku dapat jumpa dia. Aku memang lost contact habis dengan dia. Aku cuma ada gambar dia je. Aku tengok gambar dia je aku rindu. Apa tak nya, satu sekolah gempar yang aku minat dekat dia. Jangan kata semua budak darjah 6 je yang tahu, ada junior-junior yang lain pun tahu. Aku pun tebalkan lah muka aku. Yang paling best lah kan, cikgu-cikgu pun tahu. Ehem. Malu okay. Adik-beradik dia pun tahu aku minat dia. Dan mereka pun suka layan aku atau kata sebenarnya kacau aku. Dah kenapa aku cerita pasal benda ni? Lari topik pulak. Sambung balik pasal form 1 tadi. Aku masih ingat lagi, aku ni seorang yang suka melanggar peraturan sekolah. Aku selalu bawa phone pergi sekolah. Hehe. Pada suatu petang yang indah lagi damai, aku bawa phone aku pergi sekolah dan aku ada Peperiksaan Akhir Tahun pada hari tersebut. Dalam pukul 4 lebih, aku tengah jawab periksa apa benda tah. Sekali aku dengar lagu tau.
Please don't stop the music...
Please don't stop the music...
Aku terdengar lagu tu. Aku pandang lah kiri kanan. Aku fikirkan bunyi phone cikgu yang jaga kelas aku, aku biarkan lah. Kawan sebelah aku, Jenab ( bukan nama sebenar ) bagi isyarat dekat aku. Aku fikir dia cakap dengan orang lain. Sekali aku baru sedar yang bunyi alarm phone aku berbunyi. Hm. Patutlah aku set pagi-pagi buta dia tak bunyi. Rupanya dia bunyi petang. Setan betul. Aku terus gelabah, seluk dalam poket, cabut bateri, campak dalam laci meja. Aku dah gelak sorang-sorang time tu. Apa tak nya, menggelabah lah phone bunyi tapi aku tak sedar. Haha.
Lagi, lepas dah exam dulu, kiteorang ni mana ada belajar macam budak-budak PBS ni dah. Kiteorang duduk je lah melepak. Pernah suatu hari tu, aku cari lagu Lady Gaga tau. Kawan sekepala aku pun minat dengar lagu LG ni, so aku cari lah dekat internet. Aku cari tajuk lagu tu dekat google, tapi aku tak tulis nama penyanyi dia sekali. Sekali keluar pulak article pasal 'benda' tu. Aku pun macam teruja lah. Aku cerita lah dekat Jenab tu semuanya. Suatu hari, aku, Jenab dengan Timah ( bukan nama sebenar ) macam cuba panggil 'benda' tu tau. Orang kata, kalau kita panggil 'nama' dia, nanti dia macam kacau lah apalah. Masa tu fikiran masing-masing macam kolot sikit. Haha. Aku, Jenab dengan Timah buat lah benda tu dekat surau. Bangang tak kiteorang? Ada ke dekat surau? Tak menahan. Masa kiteorang tengah buat benda tu, kiteorang terdengar bunyi benda jatuh dalam bilik wuduk. Tak payah nak gambarkan lah macam mana perasaan masing-masing kan. Semua berdebar. Si Timah dengan Jenab ni pergi jenguk bilik wuduk tu, tapi tak de pape. Aku tengah bersiap sedia je nak lari. Lepas tengok tak de pape dalam bilik wuduk tu, memasing pakai kasut cepat-cepat dan terus lari dari surau tu. Biasa lah. Budak-budak kan? Haha.
Masuk form 2. Aku lagi jadi pemalas. Masa ni zaman percintaan aku ni. Haha. Malas nak cerita lah. Buang masa, buang tenaga dan menyerabutkan perasaan aku je nanti. Haha.
Masuk form 3. Aku dah rajin sikit. Banyak sikit lah daripada form 1 dulu. Aku selalu jugaklah fokus dalam kelas. Tapi bab tak siapkan kerja sekolah masih sama kecuali subjek Matematik. Aku rajin okay dalam subjek tu. Rajin macam mana pun, aku tak pernah dapat A setiap kali ujian. Highest mark yang aku pernah dapat, 73. Subjek yang aku paling malas, subjek BI. Buat pengetahuan pembaca, cikgu BI aku tu ialah guru kelas kami. Dan kebetulan pada tahun ini, bermulanya pelancaran SARANA yang lagi membebankan pelajar serta ibu bapa sebenarnya. Bukan aku nak kutuk. Tapi itulah hakikat sebenarnya program tersebut. 1/3 masa belajar kami banyak dihabiskan dengan mengemas kelas, tampal itu ini dan bla bla bla. Tahun lepas, pengetua sekolah kami banyak habiskan masa dengan membuat program belajar untuk form 3. Dan pada tahun ini, program belajar untuk form 3 tak banyak. Alasannya...
" Kalau pihak sekolah buat program tersebut macam menghabiskan duit sahaja sedangkan mereka hanya main-main dan kejayaan yang pihak sekolah harapkan tidak tercapai "
Kami, sebagai pelajar tak semuanya sama. Walaupun pada tahun lepas tak ramai dapat straight A dalam PMR, belum tentu kami akan kekalkan pencapaian kami tersebut. Dah, cukup. Aku tak nak memberontak dalam blog ni. Nanti ada pulak orang complaint yang aku kutuk sekolah lah, itu lah, ini lah. Tapi apa yang aku cuba sampaikan ialah BENAR. Haha. Maafkan aku.
p/s : Entry kali ni ada kena mengena tak dengan tajuk?