Kadang-kadang, aku rasa aku macam nak je lari keliling dunia untuk cari ketenangan. Tapi apakan daya.. Satu Malaysia ni pun aku tak pernah jelajah, ni ada hati nak lari keliling dunia. Keling sungguh. Haha. Entah lah, kadang-kadang aku rasa macam lari daripada jumpa dengan manusia yang menyemakkan ni. Maksud aku, yang menghantui hidup aku ni. Bila aku tak ade buat kerja apa-apa je, mesti bayangan mereka menjengah dalam fikiran aku. Semak tahu tak semak tu ape? Ni yang nak marah ni.
Kadang-kadang aku terfikir, kalau aku dah tiada di muka bumi ini, adakah mereka akan merindui aku seperti aku merindui mereka? Jawapannya semestinya, TIDAK. Aku bukan lah sesiapa bagi mereka, malah tidak penting pun di dalam kehidupan mereka. Dan, mereka juga semestinya tidak akan mengetahui akan pemergianku suatu hari nanti. Semestinya mereka akan lebih berbahagia di muka bumi ini tanpa aku di samping mereka malah mereka tidak pun sedar bahawa aku sudah lama tiada di samping mereka. Aku doakan kalian berbahagia tanpa aku di samping kalian.
Okay, tiba-tiba taip benda sedih pulak. Haha. Yelah, jodoh dan maut itukan ditangan Allah. Aku sendiri tak tahu bila aku akan pergi. Mungkin selepas menaip entry ni atau semasa menaip entry ni atau esok hari dan senang cerita, bila-bila masa aku mungkin diseru oleh Illahi. Jika aku sudah tiada, aku nak kalian semua tahu bahawa aku sudah maafkan kalian semua. Aku halalkan makan dan minum kalian yang pernah aku belanjakan. Dan aku mohon, maafkan lah diri aku yang sering melakukan kesilapan. Sesungguhnya, aku hanyalah insan biasa. Dan halalkan lah makan dan minum aku yang kalian bagi. Jika kalian tidak halalkan pun, tidak mengapa. Biarlah aku sahaja yang menerima azab daripadaNYA. Aku maafkan kalian.
Sedih pulak aku baca. Tapi ni semua sekadar peringatan. Mungkin benda ni akan terjadi kan? Lebih baik aku maafkan awal-awal. Sekali lagi, aku maafkan kalian :)
p/s: Sekarang hujan. Mohon lah doa kepada Allah SWT ketika hujan sebegini kerana berdoa ketika waktu hujan, mudah dimakbulkan.