Hari ni, dah masuk hari kedua bulan terakhir pada tahun 2013. Sekejap saja masa berlalu, 2013 pun hampir melabuhkan tirainya. Walaupun tahun ni terlalu banyak dugaan yang datang melanda hidup aku, aku tetap tabah menghadapinya tanpa pertolongan daripada sesiapa kecuali Allah SWT. Dan pada tahun ini juga ia telah mengajar aku erti kesabaran menempuhi dugaan yang diberi, menginsafi keinsafan yang lalu serta melupakan kisah pahit manis yang telah aku lalui bersama dia.
Eh, bersama dia? Haha, tu tak perlu diceritakan. Apa yang pasti, aku telahpun membuang segala perasaan aku terhadap dirinya. Aku redhakan segalanya yang telah aku beri dan aku ingin meminta ampun dan maaf kepada dirinya. Walaupun aku tidak melakukan apa-apa kesalahan, aku tetap meminta ampun dan maaf jika pernah terkasar bahasa atau sebaliknya. Aku terlalu ikutkan perasaan suatu tika dahulu. Maafkan aku.
Kepada semua haters aku di luar sana, berhentilah membenci diri aku ini. Aku tak akan mencari masalah sekiranya kalian yang memulakannya dahulu. Dan jika kalian melampau, aku terpaksa menggunakan bahasa yang kasar. Memang aku ini seorang yang penyabar. Tapi sabar aku ada hadnya. Bukan senang aku nak berhadapan dengan kalian semua. Tetapi, aku tetap kuatkan semangat aku untuk berdepan dengan kalian. Aku sudah pun memaafkan kalian semua, akan tetapi kalian semua yang tidak pernah tahu isi hatiku. Aku sudah pasangkan niat ini lama, tetapi untuk aku luahkan pada kalian bukanlah sesuatu yang mudah. Aku takut jika aku dicemuh oleh kalian. Aku tak mampu menanggungnya seorang diri. Aku rasa bersalah. Maafkanlah diri aku yang tak sempurna ini. Aku tahu aku banyak membuat kesilapan kepada kalian. Maafkanlah aku.
Dan pada bulan ini juga, keputusan PMR juga akan memunculkan dirinya. Walaupun tidak tahu saat bilakah ia akan muncul, hati ini terasa berdebar. Aku sudah buat yang terbaik semasa peperiksaan tersebut dan sekarang aku hanya serahkan kepada takdir sama ada aku berjaya ataupun aku kecundang. Rezeki masing-masing, tiada siapa yang tahu mengenainya, kan? Para pembaca, doakanlah agar aku berjaya dengan cemerlang untuk keputusan PMR pada kali ini. Aku ingin juga membuat ibu bapa aku bangga. Aku tidak mahu mereka kecewa dengan keputusan aku kali ini. Aku sudah berusaha sedaya upaya, itu sahaja yang termampu yang aku dapat buat.
Dan pada tahun 2014 kelak, aku harap aku dapat melupakan tentang apa yang telah berlaku pada tahun ini, sama ada yang pahit ataupun manis. Dan aku berharap agar hari-hari yang akan datang dapat memberikan sinar kebahagiaan untuk diriku pada masa hadapan.
p/s : Aku confius bila keputusan PMR nak keluar. 23 atau 20 atau 19?