Hari ini hari pertama aku memulakan 10 Day Challenge ni. Aku akan memulakannya sekarang.
Secret Number 10 : Jatuh cinta dengan warna ' pink '
Aku tak tahu benda ni sejak bila mula merebak dalam diri aku, tapi sejak kebelakangan ni, kalau aku nampak warna pink je, mesti aku nak kan benda tu. Sebelum ni, kawan-kawan aku memang sedia maklum yang aku ni tak suka warna pink, tapi sekarang aku nak semuanya warna pink. Agaknya jangan cakap tak suka kot, nanti dah lama-lama nanti suka.
Secret Number 9 : Hidup bersepah
Benda ni pun segelintir je yang tahu hidup aku macam mana. Aku suka hidup dalam keadaan bersepah. Bukan bersepah apa lah, barang-barang aku semua aku tak reti nak susun. Bagi aku, senang nak ambil, senang nak campak. Kalau urgent tu, kena maki-hamun semuanya.
Secret Number 8 : Nak hidup tanpa kawan
Kadang-kadang aku terfikir, ada kawan pun macam tak ada. Kalau ada pun, mesti ada yang buat fitnah lah, tikam belakang. Aku memang tak suka. Aku memang rasa macam seronok hidup tanpa kawan ni. Memang aku impikan. Dengan kawan ini lah kita boleh jatuh cinta, kehilangan dan juga bermusuh. Sebab tu aku rasa seronok. Tapi kalau tak ada kawan, siapa pulak nak tolong kita masa susahkan?
Secret Number 7 : Cari calon suami
Ya, aku masih terlalu muda untuk fikir pasal calon suami ni semua. Aku rasa, ada 2 ke 3 orang yang tahu pasal calon suami aku macam mana. Aku nak seseorang yang memang tak pandang perempuan lain, hormat keluarga aku, tidak memboros dan tidak juga kedekut, periang, sentiasa ada di samping aku dan selalu meluangkan masa bersama keluarga. Aku kalau boleh nak mak aku yang tolong carikan nanti. Aku tak nak lah kahwin dengan kawan aku ke apa. Tapi kalau kahwin dengan kawan ke, Alhamdulillah. Mungkin dia jodoh aku. Yang aku impikan,
bercinta selepas kahwin
Secret Number 6 : Imaginasi melampau
Ini pun hanya rakan sebaya aku je yang tahu. Kawan aku suka berangan cerita pasal isu semasa semua. Dan aku pula selalu membayangkan benda tu terjadi depan mata aku sampai menunjukkan aksi-aksi yang luar biasa. Sampai senior-senior aku pandang aku pelik. Haha
Secret Number 5 : Bantal busuk
Orang lain mungkin masih ada bantal busuk kan? Ya, aku pun masih ada bantal busuk. Bantal busuk aku tu dah leper. Almaklumlah, daripada kecik lagi bantal tu dah ada. Tapi satu je aku nak bagitahu...
seingat aku, bantal tu tak pernah basuh
Secret Number 4 : Cemburu dengan apa yang orang lain ada
Aku ni memang dari dulu lagi berperangai macam ni. Selalu cemburukan hak orang lain. Kadang-kadang tu tak ambik kisah pun. Salah satu contohnya, mak aku baru dapat phone baru sempena hadiah hari jadi dia. Dapat phone apa? S3 je. Aku tiap-tiap hari akan cakap, menyampah betul. Nampak tak cemburu tu? Aku phone Ace je, dah 2 tahun dah. Lembab okay!
Secret Number 3 : Kedekut
Kawan-kawan aku fikir mungkin aku ni suka belanja mereka bagai. Tetapi sebaliknya berlaku. Aku sebenarnya takut duit aku habis atau kata seertinya
kedekut. Aku kalau ada duit dalam RM10 tu aku tak kedekut lagi, aku belanja orang sampai habis duit tu. Tapi kalau dah ada RM50, memang sampai sudah aku tak belanja duit tu. Sayang lah.
Secret Number 2 : Pemalas
Mungkin ada yang fikir aku ni rajin budaknya. Oh tidak sama sekali. Aku seorang yang pemalas. Macam pahat dengan penukul. Sekali orang tegur, sekali tu jugak aku buat apa yang orang suruh. Kadang-kadang aku memberontak sebab tak nak buat kerja tu semua. Tapi apakan daya, tinggal aku seorang je kan? Kenalah buat semua tu. Alah, kadang-kadang tu memang terasa macam dipaksa, lama-lama aku okay.
Secret Number 1 : Masih memikirkan dirinya
Cinta pertama tu memang susah untuk dilupakan eh? Bukan apa, aku masih lagi dalam process untuk melupakan bekas aku ni. Kalau aku dah lupakan pun, mesti bayangan dia akan muncul. Mungkin aku rindu? Entah, aku tak tahu. Kadang-kadang aku terfikirkan jugak pasal diri dia. Apa khabar dengan dia? Mungkin terlebih sihat. Cuma satu aku pinta, bahawa dia langsung tidak mengingati akan kehadiran aku. Aku takut untuk ingat semua kenangan tu kembali. Aku cukup takut...
Sampai sini sahajalah coretan untuk hari pertama challenge aku ni. Jumpa pada hari kedua pula!
p/s: Menanti hari keputusan...