Hari ni dah masuk hari kedua aku sertai challenge ni. Aku rasa agak susah jugak okay. Dibandingkan yang lain, ini lah yang paling senang. Mari mulakan.
Loves Number 9 : Kenangan
Dalam hidup ini, memang banyak kenangan. Kenangan bersama keluarga, rakan-rakan, guru-guru serta kekasih kepada sesiapa yang ada. Aku paling sayang sangat dekat kenangan aku masa 2012. Masa tu lah aku mula jatuh cinta, kenal erti patah hati, curang dan sebagainya. Tidak mungkin aku dapat melupakannya. Sukar buat diri aku.
Loves Number 8 : Kawan
Kawan. Walaupun aku kata aku nak hidup tanpa kawan, tapi tanpa mereka siapalah aku. Mereka lah yang memberikan aku semangat ketika aku sedang bersedih. Aku anggap mereka seperti keluarga kedua aku. Aku selalu berkongsi masalah dengan kawan aku yang boleh dipercayai dan aku pun selalu menolong mereka dalam memberi nasihat. Walaupun ada yang rapat pun buat khabar angin tentang aku, aku tetap anggap mereka kawan aku.
Loves Number 7 : Bantal
Seperti yang aku cerita pasal bantal busuk. Tapi aku tak sayangkan sangat bantal busuk tu. Ada waktu dia. Aku kalau pergi mana-mana mesti bawak bantal peluk aku yang dah lembik tu. Seingat aku, bantal ni tukar 3 tahun yang lepas. Itu pun ayah aku yang suruh buang sebab dah lembik sangat. Lembik lah best, boleh lipat bagai. Aku dan bantal peluk takkan terpisah. Hahaha.
Loves Number 6 : Katil
Aku dekat rumah mak aku, jarang sangat lah dating dengan katil. Kalau free je, wajib baring atas katil. Kalau dekat rumah nenek aku, aku rasa 24 jam aku baring golek jatuh katil bagai. Aku baring atas katil ni takde lah mengantuk. Cuma sekadar santai-santai je. Kalau penat tu memang aku tidur terus.
Loves Number 5 : Kucing
Aku mempunyai seekor kucing gemuk. Tapi tak adalah gemuk sangat. Harap dek bulu je yang banyak. Dia memang rapat dengan aku. Kalau aku ada masalah, dia akan datang dekat aku. Aku pun usaplah kepala dia. Kadang-kadang tu, bila aku buat kerja dekat dapur, aku nampak kucing lalu nanti aku cakap dengan kucing tu sampai mak aku tanya aku bercakap dengan siapa. Memang hobi aku bercakap dengan kucing. Luangkan masa dengan kucing tak rugi tau?
Loves Number 4 : Make Up
Dulu aku tak main make up ni. Sejak tahun ni, lepas aku break semua, aku beli itu ini barang make up. Aku kalau nak keluar, tak sah kalau lipgloss dekat bibir. Aku pakai takde pun banyak, sikit je. Tapi warna dia tu yang makin lama makin pekat. Kalau celak pulak, aku selalu jugak pakai. Tapi kalau ada kenduri jelah. Mata aku ni kalau tengok dari jauh memang nampak macam pakai celak sebab mata panda ni. Lagi satu mata aku ni mata kucing, sebab tu orang selalu tegur.
Loves Number 3 : Phone
Phone aku depan sekali :(
Phone ni memang amat bermakna dalam hidup aku. Biarlah dia sunyi tak ada mesej, janji aku bawak pergi mana-mana gantikan kamera. Senang aku nak syok sendiri dalam kereta. Ye lah, aku kan duduk belakang, senang lah aku nak ambik gambar. Kadang-kadang tu mak aku perasan, tapi dia buat tak kisah. Biasalah, remaja kan memang photogenic.
Loves Number 2 : Duit
Aku dan duit memang tetap bersama. Aku kan cerita yang aku agak kedekut nak belanja duit. Hm, lain kali jangan bagi duit banyak-banyak. Aku memang kedekut. Kalau duit dalam bank tu aku tak kisah sangat sebab password pun aku tak ingat sebab mak aku yang pegang. Tapi kalau duit dekat tangan memang aku pegang. Kalau terdesak je baru guna. Dan kalau aku keluar dengan keluarga aku, aku akan tinggalkan dompet aku dekat rumah. Bijakkan?
Love Number 1 : Keluarga
Tanpa keluarga aku, tak akan aku hidup dekat dunia ni. Mereka lah jantung hati aku. Walaupun aku agak degil, tapi aku berusaha sedaya-upaya untuk membanggakan mereka. Tak sanggup aku tengok ibu bapa aku kecewa dengan sikap aku. Yang lalu, biarkan lah berlalu. Masa tak dapat diputarkan balik. Jika masa dapat diputarkan kembali, aku memang tak akan mengenali lelaki itu.
Itu je lah serba-serbi untuk benda/orang yang aku sayang, Sebenarnya banyak lagi. Tapi tak larat lah. Tengah-tengah pagi buta ni menaip. Sewel dah kepala otak aku -.-
p/s: Khamis ni. Oh yeah!