Esok keluarnya keputusan PMR dan menentukan segala hala tuju kehidupan aku selepas ini. Aku harap aku dapatlah keputusan yang elok. Jadi, mari kita teruskan 10 Days Challenge kita !
Wants Number 7 : Laptop Baru
Laptop aku ni 5 tahun dah. Pada asalnya, akak aku yang pakai sampailah dia nak masuk Matrik. Lepas dia masuk Matrik 3 tahun yang lepas, aku yang pakai laptop ni. Em, sampai je benda alah ni dekat tangan aku, habis hancur jahanam laptop ni. Dia punya kepala laptop ni dah terkulai. Tak boleh nak stand sendiri. So, kena lah tahan dia dengan sesuatu. Aku pergi kedai komputer sebab nak beli charger hari tu pun aku malu sebab laptop aku tu dah terkulai. Haha. Janji dapat pakai. Tapi aku masih nak laptop baru. Alah, laptop dah murahkan sekarang?
Wants Number 6 : Dapat Follower Banyak
Aku tahu aku bukan blog pemesh macam uolls semua. Aku budak blogger biasa je. Aku pun baru aktif balik selepas setahun menghilangkan diri berperang dengan perasaan dam dung semua. Apa aku merepek ni? Aku harap-haraplah aku dapat follower banyak daripada rakan-rakan blogger di luar sana.
Wants Number 5 : Katil King Size
Aku ni seorang budak yang suka berlingkar atas katil 24 jam. So, aku golek sana, golek sini. Sekali jatuh. Hm. Bagi aku katil single ni tak cukup untuk aku. Cuba bagi aku katil King Size. Confirm tak bangun-bangun daripada katil. Haha.
Wants Number 4 : Set Barangan Garnier
Aku seorang budak yang baru nak up. Baru berjinak pakai make up ni semua. Aku sedar kulit aku ni semakin lama semakin dimakan si matahari tu. Dah sedar kulit dah hitam, baru nak pakai. Dulu malas nak mampus. Sekarang baru menyesal. Kalau lah ada orang bagi Barangan Garnier Sakura White tu, memang aku peluk cium semua lah. Ups!
Wants Number 3 : Berkumpul Dengan Kawan-kawan
Sesungguhnya aku tengah merindui kawan-kawan aku. Si Amir sayang, classmate aku dan semua budak-budak tuisyen aku dan semuanya lah. Aku rindukan semuanya. Kau gila aku tak rindukan dieorang. Dieorang lah yang buat aku happy terutamanya dengan Amir si gemuk tu. Aku harap kalau aku jumpe mereka, masing-masing tak lupakanlah aku :')
Wants Number 2 : Dapat Masuk SBP @ MRSM @ Teknik
Esok, keluarnya keputusan PMR. Ehem, berdebar okay. Gila kau tak berdebar -.- Aku harap-haraplah aku dapat keputusan yang baik seterusnya melayakkan diri untuk masuk ke sekolah yang telah dinyatakan di atas. Amboi, ayat tak menahan xD
Want Number 1 : Galaxy Camera
Tadi, dalam kereta. Aku cakap dengan mak aku, kalau aku dapat galaxy camera, aku memang dah tak tukar phone dah. Then mak aku tanya berapa, aku cakap lah benda tu dah murah dah sekarang. Eh, galaxy camera boleh buat phone ape. Sebab tu aku berkenan kot. Dah lah camera die umph! Then boleh buat call pulak. Gila tak masyuk? Nampak style kot!
p/s: Esok ambik result pukul 12.30 tengah hari. Lambatnye!