Didalam hati ini, aku menangis. Eh, tiba-tiba jiwang pulak. Aku ni ulat. Bukan ulat toik toik tu. Ulat buku. Ulat buku ke? Mungkin ya kot. Baca novel sampai menangis bagai gila hape? Salah satu hobi aku, apa salahnya kan? Bawah ni ada beberapa novel yang jadi kegemaran aku.
Books Number 4 : Suami Aku Ustaz
Cerita ni berkisahkan tentang seorang pelajar tingkatan 5 yang dipaksa berkahwin bersama sepupunya yang merupakan ustaz di sekolahnya. Mereka telah berkahwin semasa pelajar tersebut masih bersekolah, tetapi dia menyembunyikan hal itu daripada pengetahuan rakan-rakannya. Aku tak ingat apa nama watak perempuan dalam cerita tu. Yang aku ingat Ustaz Hafiz je. Haha.
Books Number 3 : Aku Bukan Mistress
Cerita ni bakal ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada bulan Mac 2014 nanti. Cerita ni best sangat. Tapi sayangnya, aku pergi hilangkan dekat sekolah. Bodoh sungguh.
Books Number 2 : The Wedding Breaker
Cerita ni pulak bakal ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada 30 Disember ni. Kenapa kau baru nak tayangkan sebelum naik sekolah? Asal kau tak buat masa cuti sekolah? Mengganggu pelajaran aku betul lah. Cerita ni mengisahkan Ariana Rose, yang telah membuat fitnah bahawa dia telah mengandungkan anak Tengku Adam Kamil ketika Tengku Adam Kamil hendak melafazkan akad nikah. Banyak lagi, takkan aku nak cerita, yang pasti cerita ni sangat best dan ada unsur islamik. Sikit je lagi nak habis baca buku ni. Lepas ni baca Projek Memikat Suami pulak. Hehe.
Book Number 1 : Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Cerita ni mempunyai 8++ muka surat. Aku baca buku ni masa tengah couple lagi. Cerita ni banyak konflik sampai aku rasa geram pulak baca buku ni. Aku menangis gila-gila baca buku ni. Sampai bengkak mata aku. Kalau ada masuk filem kan best? Tapi masalahnya banyak adegan ehem pulak. Hahaha.
p/s: Aku memang seorang kaki novel. Novel jadi pakwe aku sekarang. Dan aku peminat novelis Acik Lana :)