Ada rakan blogger tanya aku, kemana aku menghilang? Aku ada nyatakan dekat satu entri dahulu, yang aku akan kurangkan tulis entri baru dan join GA yang orang ajak. Bukannya sengaja aku buat begitu, tetapi aku semakin hari semakin membesar atau kata sebenarnya adalah TUA. Aku dah pun masuk 16 tahun walaupun dalam realiti belum lagi. Cikgu-cikgu aku pun dah pesan, tahun ni bukannya untuk aku berbulan madu. Kalau nak berbulan madu, tunggu kahwin. Masa tu baru berbulan madu. Taknak balik pun tak apa. Untuk pengetahuan semua, aku ambil aliran akaun. Dan aku ambik 10 subjek. Pada asalnya hanya 9 saja, tapi aku yang mengada nak tambah lagi 1 iaitu Geografi. Ikutkan hati nak ambik 11. Nanti habis aku pening nak belajar sendiri kang. So, aku ambik 10 je.
Geografi ialah subjek yang mudah bagi aku. Untuk tingkatan 4 ni, kita macam belajar balik asas yang kita belajar semasa tingkatan 1-3 dulu. Cuma ada tambah sikit lah tajuk yang tertentu. Kalau aku tumpukan perhatian yang lebih dalam pelajaran, InsyaAllah aku dapat skor. Jadi, jangan lah kacau aku semasa aku tengah belajar. Aku akan terus mengamuk. Ye lah, sibuk aku nak belajar, masa tu jugak orang sibuk nak menyanyi semua. Aku dah kata jangan kacau, tetap nak kacau jugak. Jangan ditanya kenapa aku marah tiba-tiba. Siapa-siapa yang tak kenal aku yang sebenarnya, janganlah kacau aku. Mungkin aku ni nampak je macam periang, tenang dan tak ada masalah. Tapi itu semuanya salah. Aku terlalu banyak benda yang aku rahsiakan. Hanya aku sahaja yang tahu...
p/s: Selasa ni hari jadi abang ipar aku. Selamat Hari Jadi Bang Din !