Gambar tu sekadar hiasan je. Bukan sebab challenge ni. Challenge ni gambar lain aku nak letak. *mengikut gambar* Yeay! Hari ni hari terakhir challenge 10 Days. Sila berikan tepukan gemuruh kepada Pean Dee. *kekrik* Haha, syok sendiri pulak. Ups! Terlebih sudah. Jomlah kita meneruskan perjuangan kita yang terakhir kali ni. Ewah!
Picture Of Mine : Memory....
Eh, siapa perempuan tu eh? Ya Allah, comelnya! Tapi kenapa mata dia tertutup eh? Maybe tak ready lagi kot? *bersangka baik* Hm. Siapa lelaki sebelah dia tu eh? Tingginya! Rapatnya dia ambik gambar dengan perempuan tu, jealous aku.
Tu gambar aku dengan abang angkat aku. Mohd Farhan. Entah masa bila dia mintak aku jadi adik angkat dia dan aku setuju pun tak tahulah. Tiba-tiba dia gelarkan aku adik angkat dia. Dia post gambar tu dekat fb dengan caption " with adik angkat Ehan Pean " . Macam tu lah rasanya caption dia. Masa tu, ada jamuan hari raya dekat sekolah, aku masa tu jadi budak lensa. Biasalah, photographer kan kena merayap satu sekolah. Masa tu aku berkumpul dengan budak lensa yang lain dan secara kebetulannya, abang aku sorang ni ada berdekatan dengan kumpulan lensa masa tu. Aku saja pandang dia ambik gambar dengan kawan-kawan dia. Tiba-tiba dia pandang aku tapi aku buat tak tahu. Dalam hati " Takkan dia panggil aku, kenal pun tak " . Memang betul, aku tak kenal dia pun. Tapi yang aku tahu dia tu abang kepada kawan aku. Dia pun panggil lah aku dan kawan dia ambik lah gambar tu. Aww, sesweet. Dan sejak dari tu dia selalu jadi annoying macam babun dan aku pun lebih kurang sama dengan dia. Aku pernah bagi dia coklat tau? Dia siap ambik gambar lagi dengan coklat tu dan aku masih simpan lagi gambar tu. Ehem! Alhamdulillah, dah 2 tahun dah pun aku jadi adik angkat dia dan sampai sekarang masih kekal. Doakan hubungan tu kekal lama eh? *bukan membawa kepada maksud yang lain*
p/s: Kalau diputarkan balik waktu, aku nak senyum betul-betul dalam gambar tu. See? Betapa hodohnya muka aku tu!