Aku ni seorang yang penggemar muzik. Siapa yang selalu datang ke blog aku tu, mesti tahu punya type macam mana aku suka pilih kan? Kadang-kadang rock, jazz, sedih. Aku tukar lagu selalunya 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Takkan nak letak lagu tu bertahun-tahun pulak, bosan pembaca blog aku tu dengar lagu yang sama. Yang pasti, aku peminat Hafiz Suip!
Songs Number 2 : Black Cat
Sebuah lagu korea yang dinyanyikan oleh Kim Jong Kook dengan siapa tah. Tapi nama kumpulannya Turbo. Lagu dia jenis rancak. Aku ada letak lagu tu sebelum aku pakai lagu ni dan sebelum lagu yang sebelumnya. Faham tak? Tak faham cari dekat youtube. Tak ada kena mengena sebenarnya. Kadang-kadang aku tengah rasa mengantuk tu, aku dengar lagu tu aku lagi rasa nak tidur even lagu tu rancak. Apa ke pelik aku ni?
Song Number 1 : Hanya Ingin Kau Cinta
Lagu nyanyian Hafiz Suip yang tengah korang dengarkan sekarang ni. Lirik dia pun ada sebelum korang tekan mana-mana puzzle tu. Tapi lirik dia laju ah, memang takkan dapat baca. Lagu ni memang tak ada kena mengena dalam hidup aku sama ada hidup ataupun sudah meninggal dunia. Lagu ni hanya memberikan kesan yang mendalam dalam jiwa aku. Mungkin kerana sejarah aku yang dulu? Mungkin ya atau mungkin tidak.
p/s: Patut tak aku buat blog untuk GA je? Bagi lah pandangan korang dekat aku :(