Aku ni hanyalah seorang budak sekolah lepasan PMR yang dah lama berjinak dengan dunia blog ni. Tapi masalahnya, idea untuk aku tulis kadang-kadang tak ada. Sebagai pelajar sekolah, kita sibuk mengejar cita-cita, pelajaran, kehendak ibu bapa dan secara tidak langsung ada jugak mencari publisiti murahan dengan bercinta. Disebabkan itu aku tinggalkan blog aku ni hampir 2 tahun untuk fokus dalam pelajaran dan alhamdulillah, rezeki berpihak kepada aku dengan keputusan PMR aku tempoh hari. Walaupun tidak mendapat straight A's, tetapi aku tetap bersyukur dan membuatkan ibu bapa aku tersenyum.
Idea...
Ianya memang susah untuk masuk dalam kepala otak kita. Akan tetapi, jika idea tu terlalu banyak sangat menerjah masuk kedalam kepala otak kita, kita mungkin akan keliru untuk menulis yang mana satu sehingga kita terlupa apa yang kita hendak tulis dan seterusnya kita membiarkan blog kita kosong tanpa entri baru. Sangat membosankan. Seperti aku juga, cuba tekan older post, berapa banyak giveaway yang aku masuk. Itu sekadar mencuba nasib. Dan, alhamdulillah.. Setakat ini aku dah menang dua kali. Tak pe, cuba pelan-pelan, mana tahu lepas ini rezeki melimpah ruah pula kan?
Kadang-kadang tu, kita terlalu sibuk dengan urusan dunia yang entah bila kesudahannya. Dan disebabkan itu kita semakin tertekan dengan desakan, urusan kerja serta apa yang berada di sekeliling anda. Dan disebabkan itu juga, anda berasa tertekan dan menaip ayat yang tidak sopan dan seterusnya menjatuhkan traffic blog anda. Dalam hidup ni, biarlah kita membuat perancangan. Seperti yang aku kata, buat pelan-pelan. Jangan tergopoh-gapah.
Untuk menjadi salah seorang blogger terkenal, bukan senang sebenarnya. Banyak cabaran yang perlu dihadapi. Walaupun di luar sana ada yang membenci dengan kecantikan, follower atau sebaliknya yang berkenaan dengan blog kita, aku mengingatkan, itu hanyalah sekadar dugaan untuk anda terus berjaya di dalam bidang blogger ini dan seterusnya menjulang naik nama blog anda ke persada antarabangsa sehingga ke dunia. Jadi, berterima kasihlah kepada sesiapa yang tidak menyukai anda dan maafkan lah mereka kerana kita sebagai manusia tidak ada seorang pun yang melakukan kesilapan. Jadi, sesama manusia haruslah menunjukkan sifat kasih sayang sesama makhluk.
Buat pengetahuan pembaca, entri ni aku menulis tanpa aku sedar. Ianya tiba-tiba muncul. Kita tak perlu pun bersusah-payah memerah otak untuk mendapatkan entri yang menarik, unik dan mendapat traffic yang tinggi. Anda perlu menulis tajuk entri tersebut dan jika perlu letaklah gambar untuk mendapatkan buah fikiran secara tiba-tiba seperti aku sekarang ini. Dan, aku pun masih tak faham kenapa aku menulis entri sebegini.
p/s: Maafkanlah sesama manusia sedangkan Allah SWT sedia memaafkan umatnya...