Aku ni seorang manusia yang sukakan keamanan, kesunyian dan tanpa gangguan di persekitaran aku. Walau bising macam mana pun, aku tetap berada di dalam dunia aku sahaja. Tetapi kalau ada sesiapa manusia yang akan kacau aku, aku akan halau dia keluar daripada bilik aku. Aku lebih suka terperap di dalam rumah. Bukan apa, aku tak sukakan bunyi bising. Kalau pergi mall pun, bising utamanya. Yang kedua bau badan seseorang. Lagi-lagi kalau bangla atau sesiapa yang tak reti lah nak pakai deodorant keluar daripada rumah tu. Kalau tak ada masalah bau badan tu tak apa lagi, ini kan pulak bau macam bawang ada, hangit ada, masam ada. Kadang-kadang aku terfikir, tak malu ke kalau orang tegur bau badan mereka? Belilah deodorant tu, pakai. Tak pun sebelum keluar rumah tu kau mandi dan lumurkan badan korang dengan bedak. Kuranglah sikit bau badan korang tu. Ini tak, macam mana bau dekat rumah, macam tu jugaklah bau kau dekat luar. Fikir apa orang lain mengata pasal kau nanti.
Semalam, aku pergi Mydin Seremban 2 dekat Negeri Sembilan ni. Yang baru bukak 13/12 hari tu dan yang terbesar dalam Malaysia ni. Aku memang dah lama agak, kalau ada benda baru-baru macam mall ni, orang ramai akan serbu punya. Tak kira lah, melayu, cina, india dan bangsa-bangsa lain pun ramai dekat situ. Masuk dalam supermarket dia, ramainya orang tu jangan cakap lah berapa ramai kan. Kaunter semua beratur panjang. Masa mak aku nak bayar dekat tingkat atas sekali tu, ada orang depan mak aku ni, barang dia banyak jugalah kan. Lepas tu mak aku nak letak barang pun tak dapat lah kan sebab penuh satu kaunter tu dia punya barang. Its okay, mak aku okay je. Then, dah berganjak sikit tu, cashier tu letak lah tanda next customer. Mak aku baru nak letak barang, then ada seorang perempuan belakang mak aku ni terus letak barang dia. Langsung tak bagi peluang dekat mak aku. Sampai orang yang depan mak aku tu pun cakap, manusia jenis apa ni tak menyempat. Tak nampak ke ada orang dekat depan kau tu. Wah, dia backup mak aku. Tapi orang tu cakap perlahan lah. Orang depan mak aku, mak aku dengan aku jeling dekat perempuan yang tak ada adab dalam mall tu. Kalau ya pun barang kau banyak, kau sabar lah dulu. Tunggu lah turn kau letak barang. Jangan fikir kau seorang je nak cepat. Fikir orang lain jugak.
Lepas tu aku turun pergi tingkat 2 pulak, masuk supermarket dia lagi dan ambil troli lain. Dekat tingkat 2 ni lagi sesak daripada tingkat yang 3 tadi tu. Langgar-langgar troli masih terjadi. Yang paling aku bengang bila ada orang yang dok block jalan. Saja je muka dia berdiri tengah jalan tu. Main candy crush tengah-tengah jalan pulak tu. Aku ni dah lah bawak troli. Mak dengan ayah aku entah ke mana. Aku dah cakap tumpang lalu banyak kali, tapi buat bodoh je. Sampai aku dah hilang sabar, aku langgar dia dan aku cakap, tak nampak agaknya orang nak lalu ni. Dan terus aku bla. Dia bukan buat apa, dok melenggang-lenggok tunjuk punggung dia dekat orang. Kau fikir lawa. Nasib baik aku tak pakai heels, kalau tak melekat dah dekat punggung kau tu. Tak pun, aku ambil iphone kau tu aku campak lepas tu lenyek-lenyek dengan troli. Pekak sangat.
Yang paling aku benci kalau pergi mall ialah bila ibu bapa yang membiarkan anak mereka yang kecil tu berlari-lari dalam mall. Dah tahu budak kecil ni tak reti duduk diam, letak lah dalam troli. Lantak dialah nak melalak ke apa ke, janji tak halang jalan orang. Orang bawak troli ni dah lah ramai, nanti terlanggar ibu bapa dia salahkan orang yang bawak troli ni. Cuba fikir, siapa yang salah sebenarnya. Orang yang bawak troli dah bawak hati-hati dah tak nak kasi terlanggar apa-apa. Datang je budak-budak yang berlari ni, habis terlanggar semua. Tak ke kacau bilau? Jadi, aku nasihatkan lah para ibu bapa ni. Kalau ada anak yang memang tak dengar kata tu, letak dalam troli. Nanti tak menyusahkan orang lain yang nak membeli-belah juga.
p/s: Mydin S2 pun dah ada Habib Jewel tau. Kau hado?