Aku ialah insan yang duduk di bandar sejak kecil lagi. Jadi, dekat bandar ni memang bahaya sebab banyak kes-kes jenayah berlaku seperti merompak, meragut, menculik dan banyak lagi lah. Maknanya, aku sebagai pelajar sekolah menengah haruslah berjaga-jaga dengan persekitaran yang aku duduki sekarang ini.
Kadang-kadang aku terfikir, apa motifnya mereka buat macam tu dekat negara ni? Nak dapatkan wang lebih? Atau untuk mendapatkan keseronokan? Yang paling tak masuk akal, takkan sebab berdendam mereka nak buat macam tu? Kalau mereka buat untuk mendapatkan wang yang lebih, mereka tak takut ke mereka sedang makan duit haram? Takkan mereka tak tahu sedangkan ibu bapa serta guru yang ajar mereka sejak dari Darjah 1 hingga tamat Tingkatan 5 sering mengingatkan mereka,kan? Kalau macam tu, baik tak payah belajar kalau setakat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bazir duit mak ayah je hantar kau pergi sekolah. Kalau mereka buat untuk mendapatkan keseronokan seperti merompak, merogol ataupun meragut. Tak fikir ke kalau merompak tu boleh menjadikan mangsa keadaan jadi trauma dengan apa yang berlaku.
Kalau merogol, dah tentu lah mangsa tersebut akan trauma kan sebab apa yang jadi tu semuanya tanpa rela. Apa pula pandangan orang sekeliling. Orang dekat bandar ni bukannya kira, kena rogol ke dengan rela ke, semuanya pandang serong. Cuba kalau kena dekat keluarga sendiri pula, apa pula pandangan orang dekat orang yang mengata tu pula kan? Lain kali, kalau cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Sebenarnya, bukan ini yang aku nak ceritakan. Aku duduk di bandar ni, tak terkira dah pendatang asing yang ada dekat Malaysia ni untuk cari kerja. Ada yang dari Nepal, Myanmar, Indonesia dan juga dari negara-negara jiran yang lain. Aku pun kadang-kadang berfikir, aku sekarang ada dekat Malaysia ataupun dekat negara orang? Sedangkan kalau aku pergi mall pun orang asing yang ramai. Dan aku pun tak dapat bezakan mana satu warganegara Malaysia, mana satu bukan. Aku dah tak tahu.
Seperti yang aku ceritakan di atas, merompak ni semakin berleluasa di bandar. Yang aku peliknya, ada juga manusia yang tidak mengambil kisah tentang keselamatan rumah sendiri. Bukan aku nak cakap, tapi memang betul-betul terjadi. Sedangkan polis pun dah dua kali bagi surat amaran dekat tuan punya rumah, takkan tak ambil kisah lagi? Ceritanya begini, ada jiran ni, suami isteri memang berkerja. Kadang-kadang tu, mereka keluarga kerja dari siang sampai ke malam. Takpun dari malam sampai pukul 6 pagi nanti. Dan bila mereka dah balik daripada kerja, mestilah mereka penat kan. Tapi, takkan penat sangat sampai tak larat nak tutup pintu pagar rumah masing-masing kan? Mereka ni ada sebuah kereta dan 2 buah motosikal kalau tak silap. Bayangkan kalau salah satu tu kena curi, tak ke menyesal? Kalau malam pun, bukannya reti nak tutup. Jiran sebelah yang tolong tutupkan pagar. Takkan lah mereka ni tak ambil kisah tentang keselamatan rumah. Warga asing pun dah lah selalu merayau-merayau waktu malam. Takkan tak takut. Aku pun pelik, ada juga lah manusia macam ni dekat bandar. Kalau dekat kampung tu pun kunci pagar tu semua sebab takutkan perompak, walaupun risikonya tak tinggi macam dekat bandar. Inikan pula duduk dekat bandar tapi tak hiraukan pula keselamatan rumah. Hati-hati, jangan benda dah jadi baru nak menyesal. Jadi, ambillah langkah keselamatan sebelum apa-apa yang tak diingini berlaku.
p/s: Ini nasihat untuk diri aku juga.