Nampak tak ketinggalan tu? Sebenarnya gambar ni memang dah ada dalam draft sejak 31/12 hari tu. Nak update tu tak ada idea. Tengah sibuk prepare barang sekolah
aku lah katakan. Mana nak sempat pandang laptop. Aku dok menggosok baju sekolah dengan tudung sekolah yang sangat degil nak licin. Untuk pengetahuan semua, aku serupa dengan budak sekolah agama walaupun SMKTTJ tu bukanlah sekolah agama. Tapi memandangkan ketua pengawas sekolah aku bekas pelajar sekolah tahfiz, dia tetapkan syarat pakai tudung labuh. Mungkin nak jaga pandangan mata kot?
Hari pertama sekolah, bagi budak-budak lain mungkin dah belajar. Cuma pelajar tingkatan 4 je yang tak belajar. Orentasi pun belum lagi. Esok sampai Isnin baru mula. Selasa baru belajar. Sedih je kena dengar ceramah lama-lama. Kalau duduk dekat kerusi tak apa. Ni kena duduk dekat lantai. Tak kematu punggung masing-masing. So, budak-budak kelas aku macam-macam ragam ada. Ada yang tidur, merayap, memekak tak ingat dunia dan tak lupa juga pada geng gosip. Aku tergolong dalam geng merayap tu. Cari cikgu semua. Salam-salam semua. Lepas tu cikgu tanya result. Mampus. Aku tunjuk isyarat tangan je. Cikgu tak tahu tu aku ada C -.-
Cikgu-cikgu yang akan mengajar dekat kelas aku tu semuanya macam singa. Bukan macam, tapi memang. Aku sendiri rasa nak keluar daripada kelas tu. Aku tak sanggup. Kalau seorang dua tak apa, masalahnya hampir 5 orang. Daripada bersemangat nak belajar, patah semangat hati jiwa raga semua. Baik aku pindah kelas lain.
Tapi satu lah yang aku nampak. Ramai pelajar & cikgu baru masuk sekolah tu. Budak tingkatan 4 je lah. Adalah dalam 30 orang kebawah. Cikgu-cikgu ada dalam 7 orang. Ramai jugakkan? Takkanlah sebab sekolah tu berapa kali masuk tv ramai orang tertarik masuk sekolah tu. Dekat tv je nampak macam tu. Yang sebenarnya, jangan cakap. Pecah tembelang nanti. *ups!
Bulan 4 ni, genap 3 tahun pengetua cemerlang sekolah tu -.- berada dekat sekolah tu. Ayat dia masih terngiang-ngiang dalam kepala aku...
Sepatutnya selama 3 tahun saya berada di sekolah ini, banyak dah pencapaian yang berlaku di sekolah ini yang berkaitan dengan sarana dan seterusnya menaikkan nama sekolah kita ini.
Aku dengar terus aku buat muka. Lepas tu ada satu part tu aku tengah borak apa dengan kawan aku, then budak-budak ni tepuk tangan. Dan kawan aku tanya...
Kenapa? Dia dah nak berhenti ke? *dalam hati, harap-haraplah
Aku pun naik pening dah tengok sekolah tu. Banyak sangat renovation. Kata nak buat dewan? Mana? Bila? Bagaimana? Dari tingkatan 1 aku dengar sampai aku dah jadi tingkatan 4 dah, habuk pun tarak.
p/s: Ada budak puji aku comel. Tapi aku tak tahu siapa. *kembang sat* MUNTAH PLEASE