' Hari demi hari telah ku lewati, tak pernah aku bersamamu lagi, tak pernah aku menduga, kau akan pergi tinggalkan aku...'
Entah kenapa sejak kebelakangan ni hati aku selalu saja tak menentu. Kadang-kadang rindu, kadang-kadang sedih. Entah, mungkin aku terlalu rindu agaknya. Hendak buat macam mana lagi, dia bukan milik aku. Dia hanya kawan aku yang sudah jauh pergi daripada hidup aku. Dan sejak kebelakangan ini juga, dia selalu muncul didalam mimpiku. Aku takut kalau ianya terjadi. Aku tak mahu semuanya berlaku. Susah hendak aku melupakannya walaupun aku telahpun meminati seseorang yang pernah aku ceritakan sebelum ini.
Hendak buat macam mana, aku hanya serahkan saja pada takdir. Bukannya tak mahu berusaha tapi biarlah dahulu. Mungkin belum masanya. Dan pada malam ini, aku teringat kembali segala memori bersama dengannya. Kenangan yang begitu indah di dalam hidupku. Dan aku berharap bahawa dia tidak akan mencariku lagi. Aku sudah puas disakiti. Maafkan aku.
Hamba Allah yang pernah kukasihi, aku harap engkau bahagia bersama pilihan hatimu. Dia lebih baik daripadaku. Jagalah dirinya baik-baik. Janganlah sesekali kau menyakiti hatinya. Jika engkau dapat merasa betapa sakitnya hatimu bila ditinggalkan atau diduakan, begitulah yang aku rasakan saat kau buat begitu terhadap diriku. Jaga diri.
p/s: 10/3. Its been 2 years of the memoir of KL Ci Ci :')